Model S.M. A.R.T di dalam Penentuan Matlamat (Goal) |
Tiada apa yang boleh dikatakan telah mencapai kejayaan selagi kita tidak menetapkan matlamat dan objektif dengan jelas. Sebab itulah bagi mereka yang ingin berjaya perlulah ada matlamat, visi dan misi yang cukup konkrit untuk mencapainya.. Sebagai contoh kamu inginkan kebebasan kewangan (financial freedom) dan ini dipanggil sebagai 'goal' matlamat dan aspirasi kamu. So untuk mencapainya kamu perlulah merangka pelan objektif yang jelas untuk tujuan itu, contoh seperti untuk kebebasan kewangan perlulah bebas daripada hutang (debt), memperbaiki aliran tunai positif serta mempunyai sumber duit masuk melalui adanya perniagaan. Itulah objektif untuk mencapai 'goal' yang kamu dimpikan iaitu kebebasan kewangan. So di sini saya ketengahkan satu model pengurusan saintifik untuk menentukan matlamat dengan baik yang dipanggil S.M.A.R.T iaitu terdiri daripada Specific, Measureable, Achievable, Realistic & Timely. SPECIFIC>>>Matlamat kamu perlulah spesifik, fokus, jelas dan konkrit. Tak boleh mempunyai matlamat yang kabur dan main-main. Stick dengan matlamat kamu, contohnya kamu mahukan kebebasan kewangan, dan itu jelas bahawa kamu inginkan kebebasan kewangan dan bukannya mahukan hutang bertimbun-timbun.. MEASUREABLE>>>Matlamat kamu boleh diukur. Means, ia boleh diketahui sejauh mana kesan, result dan implikasinya pada kita. Contohnya kamu telah laksanakan bisnes dan mula mengaut untung secara berterusan dan ini memberi kesan kepada aliran tunai positif kamu lebih baik dan dapat menampung lebih banyak aliran keluar. Ianya boleh diukur secara statistik matematik. Dan, kemajuan di dalam bisnes semuanya boleh diukur melalui graf dan penyata imbangan duga. ACHIEVABLE>>>Matlamat kamu mampu dicapai.. Janganlah kamu buat matlamat yang bukan² dan merepek misalnya ingin kahwin dengan alien dan seumpamanya. Pastikan matlamat kamu itu relevan, boleh dicapai dengan usaha, minda dan masa. REALISTIC>>>Matlamat kamu perlulah realistik dengan keadaan semasa. Contohnya secara praktikal kamu mampu mencapai kebebasan kewangan dengan berpuasa setiap hari di bulan bukan Ramadhan dan jimat duit makan. Tetapi tak perlulah berpuasa sekiranya sakit atau sampai memudaratkan. Kenalah realistik dengan situasi semasa, jangan jadi terlalu idealis untuk jimat duit sehingga tidak kena pada tempatnya. Kenalah fikir dengan bijaksana dalam menentukan strategi yang realistik agar ia dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang. TIMELY>>>Matlamat kamu mempunyai deadline atau tarikh tertentu untuk mencapainya. Katakan kamu nak kahwin dengan pasangan sehati sejiwa kamu 2 tahun lagi iaitu pada tarikh 2 Februari 2009 maka itulah tarikh deadline kamu. Dari segi kewangan, persiapan, kad jemputan tarikh yg betul, tok kadi mesti confirm datang pada waktu itu dan segalanya lancar sebelum mencapai deadline yang ditetapkan. Jika tidak alamat tak kahwin la terpaksa tangguh pula. So Time Bound ini penting utk kamu tetapkan matlamat yang realistik dan praktikal. pastikan kamu ambil berat tentang masa kerana ia lebih mahal daripada emas... |
ASSIGNMENT: Tetap kan satu matlamat yg u guys create sendiri ok.. |
No comments:
Post a Comment